____________________ || BERANDA || PRODUK || KONTAK || ____________________

About

Rabu, 13 Maret 2013

Khasiat Ayam Kampung

Ayam Kampung yang diternak melalui kaedah lepas atau free-range adalah lebih tahan lasak dan membesar secara semula jadi. Dengan itu, ayam-ayam kampung ini dapat menyerap segala nutrisi yang perlu untuk pembesaran yang sihat dan kesannya dapat memberikan ayam-ayam ini tumbesaran yang sihat, kurang berlemak dan bebas bahan kimia.

Melalui cara ini, kita boleh memperolehi daging ayam kampung yang rendah kolesterol dan lemak, tetapi kaya dengan protein dan karbohidrat.
Pembesaran ayam kampung tidak dipengaruhi oleh hormon pembesaran, di mana fungsinya untuk mempercepatkan pembesaran ayam untuk tujuan pengeluaran awal. Di sini, kami menjalankan sistem pembesaran ayam yang semula jadi. Memang kelemahan ayam kampung adalah pembesarannya yang memakan masa, tetapi kebaikan dan khasiatnya tiada tandingan.
Mengenai rawatan, ayam kampung lebih diberikan herba dan vitamin semula jadi. Kaedah kami langsung tidak menggunakan sebarang antibiotik yang merbahaya seperti sejenis antibiotik yang mempunyai kesan karsinogenik (penyebab barah) dan boleh merosakkan sistem saraf pusat. Atau nitrofuran, satu kelas drug yang amat toksik digunakan untuk mengawal penyakit yang menyerang ayam ternakan. Ianya sangat memberi kesan kepada pertumbuhan minda kita, boleh menyebabkan mati pucuk serta mandul dan juga menjadi punca utama kepada kanser rahim serta kanser payudara.
Pensyarah Fakulti Farmasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr. Mohd Zulkefeli Md. Jusoh berkata, adanya penggunaan hormon atau antibiotik akan membawa kepada ketidakseimbangan hormon dalam tubuh badan kita. Lebih membimbangkan lagi katanya, dalam tempoh jangka panjang, mereka yang kerap memakannya menghadapi risiko penyakit kanser. "Secara amnya, tubuh kita memang mempunyai sistem kawalan bahan-bahan asing. Tetapi ia hanya berfungsi untuk tindak balas jangka pendek sahaja dan tidak dapat menentukan apa yang akan berlaku selepas itu," katanya.
Menurut kajian, kulit ayam tersebut boleh mendatangkan kemudaratan kerana ia banyak terdedah kepada pelbagai bahan kimia yang beracun kerana kesan suntikan dan tiada pendedahan pada cahaya matahari. Ini sangat berbeza dengan ayam kampung yang dipelihara secara semula jadi yang mempunyai keistimewaan boleh menjauhkan risiko didatangi penyakit-penyakit seperti penyakit jantung, diabetes dan masalah kegemukan.

sumber : khairilfarm.blogspot.com

0 komentar:

Posting Komentar

Terimakasih bos. Semoga sukses ^_*